Friday 21 December 2012

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ASTRONOMI



       SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ASTRONOMI
Istilah astronomi berasal dari perkataan yunani (astro,yang bererti bintang).Manusia mempelajari astronomi kerana mereka percaya,segala yang berlaku di bumi terdapat perkaitannya dengan objek-objek di langit.
Mengikut sejarah ,tamadun yunani dianggap pelopor di dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bintang.Antara tokoh astronomi yunani seperti Ptolemy / Batlamus,dan Anaximander.Orang Islam telah menterjemah banyak karya-karya Yunani kepada bahasa Arab.Selain Yunani,mereka juga menterjemah karya-karya astronomi dari Parsi,Syria dan India.Ilmu-ilmu astronomi ini telah diperkemaskan lagi oleh para sarjana Islam.
Dakwaan yang mengatakan ummat Islam hanya pandai menterjemah adalah tidak betul. Mereka bukan sahaja menterjemah,malah melakukan banyak pembetulan terhadap kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karya yang diterjemah. Tentu sekali sumbangan para pengkaji Islam sangat besar.Hal ini dibuktikan pada tahun 1935 apabila the International Astronomical Union telah menamakan formasi gunung-gunung yang terdapat di bulan menggunakan nama tokoh astronomi Islam. Contohnya al-Ma'mun (al-Manon),al-Farghani (al-faraganus),al-Battani (al- Bagtanius),al-Sufi (azophi),al-Haytam (Alhazen),al-Zarqali (alzactel),al-Bitruji (alpetragius) dll.
Selain itu, nama-nama bintang seperti Aldebaran,Deneb,dan juga Altair merupakan nama-nama bintang yang diberikan oleh sarjana Islam dan masih digunakan dunia barat pada masa kini.
Ummat Islam telah didedahkan dengan ilmu astronomi melalui perkhabaran Tuhan mengenai objek-objek yang terdapat dilangit seperti bintang, planet dsb.Hal ini telah membentuk satu cabaran bagi umat di zaman dulu untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan astronomi ini.
Sebagai langkah awal,mereka telah melakukan banyak penterjemahan karya-karya darip yunani dan juga tamdun yang lain.Sebagai contoh,sebuah buku astronomi iaitu ZIJ-I SYAHI telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab oleh Abu AL-Hassan al- Tamimi,yang kemudiannya telah diulas lanjut oleh Abu Ma'syar.
Pada zaman pemerintahan Sultan al-Makmun,aktiviti menterjemah karya-karya yunani telah dilakukan bersungguh-sungguh.Aktiviti menterjemah ini telah memberi pengaruh kepada dunia barat untuk melakukan perkara yang sama.
Orang-orang barat turut mengikut jejak orang Islam dengan menterjemah karya-karya Yunani kedalam bahasa Inggeris.Buku karya Ptolemy yang diberi judul al-Majisti oleh orang Islam telah dialih bahasa ke adalam bahsa Inggeris dan diberi nama Almagest.
KEBENARAN AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN ASTRONOMI



Didalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat berkaitan dengan astronomi .Ayat-ayat inilah yang menjadi rujukan kepada sarjana-sarjana Islam dalam melakukan kajian mereka.Antara ayat yang dimaksudkan ialah:
Matahari dan bulan   Surah Nuh 71:16
Dalam ayat ini , bulan dinyatakan sebagai munir (cahaya) dan matahari sebagai siraj (obor).Ayat ini menceritakan fungsi bulan yang hanya memantulkan cahaya daripada matahari dan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.Gambaran ayat al-Quran sememangnya tepat apabila menggambarkan matahari itu sebagai obor (siraj) yang mengeluarkan cahaya dan haba.
Kejadian siang dan malam Surah al-zumar 39:5
Al-Quran menggambarkan pertukaran siang dan malam berpunca dari proses putaran yang berlaku pada bumi .Perkataan yang digunakan bagi menggambarkan situasi ini ialah "kawwara",yang mana makna asalnya adalah membelit serban.
Walaupun al- Quran menyatakan proses itu berlaku apabila malam memasuki siang dan sebaliknya,tetapi benarlah seperti apa yang diperkatakan bahawa fenomena ini telah terhasil daripada lilitan ataupun putaran.
Black Holes
Surah Al-Waqiah ayat 75-76.
Jumlah bintang di kosmos terlalu banyak.Dikatakan jumlah bintang di galaksi sebanyak 200-400 bilion.CNN.com pula melaporkan pada bulan julai tahun 2003 , jumlah bintang di galaksi sebanyak 70 Sextina ( angka 7 yang diikuti dengan 22 sifar dibelakangnya).Jumlah ini berdasarkan kiraan yang dilakukan oleh Australian National University.Jumlah ini adalah 10 kali ganda lebih banyak daripada jumlah pasir-pasir di semua gurun dan pantai yang terdapat di bumi.

Di dalam al-Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan perihal bintang .Penggunaan istilah-istilah seperti najmu (merujuk pada satu bintang),atau nujum (merujuk pada banyak bintang) adalah perkataan-perkataan yang digunakan oleh Tuhan yang merujuk kepada bintang-bintang di langit.
Setiap bintang mempunyai tempoh hayat tertentu.Bagi bintang yang mempunyai berat berkali-kali ganda daripada matahari,kehancurannya akan berlaku melalui satu letupan / ledakan yang maha hebat yang dikenali sebagai supernova.
Kemudiannya,saki baki daripada bintang ini akan jatuh ke satu titik pusat, yang mempunyai tarikan graviti yang amat tinggi.Apa sahaja yang ditarik oleh pusat ini termasuk cahaya,tidak akan dapat keluar daripadanya.Inilah yang diistilahkan para saintis kini sebagai black holes.
Black holes boleh diibaratkan sebagai tempat berkuburnya bintang-bintang.Mengenai perkara ini,black holes telah diistilahkan oleh al-Quran sebagai Mawaqiin Nujum.
Mawaqiin Nujum terdiri daripada 2 perkataan iaitu mawaqi' dan juga an-nujum.
Menurut kamus Hans Wehr : dictionary Of Modern Written Arabic,Mawaqi' diertikan sebagai to fall down,drop yang membawa erti jatuh /A place sth is drop or fall down.
Manakala Nujum pula bermaksud bintang-bintang seperti yang diterangkan sebelum ini.Ertinya mawaqiin nujum dapat diertikan sebagai tempat jatuh bintang-bintang.Hal ini bertepatan dengan apa yang kita faham mengenai black holes.
Faktor ajaran Islam yang menggesa ummatnya untuk memikirkan fenomena yang Tuhan ciptakan di alam ni.Perkara ini termasuklah segala kejadian yang terdapat di langit seperti siang malam dan sebagainya.
Faktor ajaran Islam yang berkait rapat dengan astronomi umpamanya ibadat-ibadat seperti solat,permulaan ibadat puasa,sambutan hari raya yang berkait dengan gerakan dan fasa-fasa yang berlaku pada bulan.
Keadaan ini memberi satu cabaran kepada ummat Islam pada zaman silam untuk mendalami ilmu astronomi agar ibadat-ibadat yang berkait rapat dengan musim-musim tertentu dapat diselesaikan.
Bantuan yang mencukupi dari kerajaan dalam membiyai segala aktiviti pengkajian yang berkaitan dengan astronomi.

Penguasaan ummat Islam terhadap bidang-bidang sains seperti matematik, dan
fizik.Bidang astronomi memerlukan sokongan daripada ilmu-ilmu sains yang lain seperti matematik dalam melakukan pengiraan-pengiraan yang berkaitan dengan saiz bumi sebagai contoh.Pada zaman dahulu,ummat Islam memang telah menguasai pelbagai bidang sains yang dapat membantu mereka dalam usaha penyelidikan terhadap ilmu astronomi.



Pada akhir abad ke 2H/8M aktiviti astronomi telah berpusat di Baghdad.Pada abad seterusnya iaitu pada 3H/9M telah lahir tokoh-tokoh astronomi Islam yang terkemuka sepanjang zaman seperti Habasy Al-Hasib dan juga AL- khawarizmi.Pada abad ini,penyelidikan dan pengkajian terhadap astronomi telah dilakukan dengan gigih dan bersungguh- sungguh.
Abad ke 4H/10M telah menonjolkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh astronomi yang lahir daripada penganut Islam.Tokoh-tokoh yang dimaksudkan seperti Abd Rahman Al-Sufi,Abu Said Al-Sijzi,Abu Al-Wafa al-Buzjani, Abu al-Qasim Al-Majriti dan ramai lagi.
Pada abad ini,Abd Rahman Al-Sufi telah melakarkan ilustrasi-llustrasi bintang yang disifatkan oleh george Sarton sebagai masterpiece dalam sejarah ilmu astronomi dunia.



Manakala Abu Said al-sijzi pula telah mencipta Astrolab dan beliau membuat kenyataan bumilah yang sebenarnya mengelilingi matahari dan bukannya matahari yang mengengelilngi bumi.Kenyataan yang telah dilakukan Abu Said Al-Sijzi ini telah diterima pakai dan terbukti kebenarannya sehingga ke hari ini dalam ilmu astronomi.
Abad ke 5H/11M menyaksikan kecemerlangan tokoh astronomi yang beragama Islam yang lainnya,seperti Al-Biruni,Ibn Yusuf dan Al-Zarqali.Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh al-Biruni adalah membuat banyak ukuran yang berkaitan dengan saiz bumi umpamanya.Selain itu,Al-Biruni juga telah mengira sesuatu latitude dan juga Longitud bagi sesuatu tempat yang terdapat di atas muka bumi.
Seterusnya pada Abad ke 6H/12M sarjana-sarjana Islam telah melakukan banyak kritikan,dan juga penambah baikan terhadap teori-teori yang telah dikemukakan oleh Batlamus daripada tamadun Yunani. Pada abad ini,beberapa fakta yang tidak tepat yang dipelopori oleh Batlamus telah diperbetulkan oleh para sarjana astronomi Islam.Antara tokoh-tokoh yang terlibat adalah Ibn.Tufail,dan juga anak muridnya yang bernama al-bitruji.Selain itu,Al-Khazani juga telah menerbitkan sebuah kitab yang bernama Sanjani Zij sebagai satu pembetulan terhadap teori-teori astronomi yang telah diilhamkan oleh Batlamus.
Disaat dunia barat sedang berada di era jahiliah yang digelar Zaman Kegelapan,ummat Islam pula berada pada satu tahap yang amat gilang gemilang dari pelbagai sudut dan aspek. Di dalam konteks ilmu astronomi,Sarjana-sarjana Islam telah memelihara dan mengembangkan ilmu tersebut.Bayangkan seandainya Ummat Islam pada masa itu tidak memelihara warisan ilmu astronomi ini,tentunya Ilmu tersebut akan terhapus dan kemajuan tidak tercapai seperti sekarang ini. Pengetahuan manusia mengenai alam ini tentunya akan lebih lambat andaikata tiada pengkajian yang menyeluruh lagi bersepadu dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam pada zaman terdahulu. Malah mereka juga telah mencipta alat-alat baru bagi tujuan pengkajian terhadap ilmu astronomi ini.Paling penting yang perlu diketahui ialah,alat-alat yang dicipta oleh sarjana Islam itulah yang telah menjadi asas kepada dunia BARAT untuk mencipta alat-alat yang lebih moden seperti Sekstan dan juga Teodolit.

SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM SENI


Zulkifli Hasan dan HananiHarun
ABSTRAK
Kesenian Islam telah mencapai tahap yang amat tinggi ketika era kegemilangan empayar Islam ketika dahulu. Malahan sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar cabang kesenian yang ada pada hari ini adalah sumbangan awal dari para ilmuwan Islam. Fakta ini diperkukuhkan dengan nukilan sejarah yang merekodkan para intelektual Islam yang telah menghasilkan kerja seni yang luar biasa mutunya malahan kekal hingga kini sama ada dari aspek seni seperti seni khat, seni bina, seni muzik, dan juga seni sastera. Artikel ini akan melihat bagaimana sumbangan mereka ini terhadap perkembangan seni pada era mereka dan dunia hari ini.
Keagungan empayar Islam satu ketika dahulu telah memberikan sumbangan yang amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Di antara ciri-ciri keagungan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan mereka ialah kemajuan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan. Kemajuan sains dalam sejarah kebangkitan ilmu dalam Islam telah melahirkan tokoh-tokoh ternama yang sangat ramai. Antaranya ialah al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, al-Biruni dan sebagainya. Mereka ini beserta ramai lagi tokoh ilmu yang lain telah meninggalkan kesan yang besar dalam kemajuan ilmu pengetahuan bagi manusia sejagat.
Di dalam artikel ini penulis akan mengupas tentang sumbangan intelektual Islam dalam seni berdasarkan kepada jenis-jenis seni, tokoh-tokoh intelektual Islam dan sumbangan mereka terhadap seni tersebut. Intelektual menurut Kamus Dewan bermaksud mana-mana orang yang mempunyai dua ciri utama iaitu terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan dan mempunyai kemampuan yang tinggi untuk befikir dengan menggunakan akal budi (ms 457 Kamus Dewan, 1991). Manakala seni pula memberi erti halus, elok, tipis, enak didengar, comel dan merupakan karya yang diciptakan dengan bakat ataupun kecekapan
1 Pensyarah Fakuli Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains lam Maلaysia dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Kementerian Peلajaran Maلaysia.
hasil daripada sesuatu ciptaan (ms. 1169, Kamus Dewan, 1991). Di sini, penulis akan membincangkan tentang sumbangan-sumbangan para ilmuwan Islam dalam pelbagai seni seperti seni khat, seni bina, seni muzik, dan juga seni sastera.
(a)                SENI BINA
Seni bina merupakan di antara bentuk-bentuk seni yang terdapat pada sesuatu tamadun. Menurut Ab. Alim dan Syed Idrus (1995), seni bina bermaksud “satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh manusia untuk digunakan oleh manusia”. ^n Khaldun (dalam Mahayudin, 2004) pula berpendapat bahawa seni bina merupakan satu daripada ciri-ciri ketamadunan yang penting kerana ia merupakan lambang atau mercu tanda kegemilangan sesuatu bangsa atau negara.
Pencapaian dan pembangunan seni bina telah bermula sejak zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) lagi. Ini dapat dilihat menerusi pembinaan Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi (Mahayudin, 2004). Pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin, terutamanya zaman Khalifah ‘Umar al-Khattab, perkembangan seni bina dianggap paling be؟jaya kerana beliau amat mengambil berat tentang pembaharuan dalam pelbagai bidang khususnya pembinaan masjid.
Pada zaman Kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah, khalifah-khalifah yang memerintah telah banyak memberi sumbangan penting dalam pencapaian seni bina Islam. Di antaranya ialah:
Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, Masjid Suriah di Damsyik yang dahulunya merupakan sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani telah diperbaharui dan dibangunkan semula (Mahayudin, 2004). Menurut pengarang ini lagi, pada zaman pemerintahan beliaulah bermulanya pembinaan unsur-unsur bangunan masjid secara lengkap seperti mihrab, mimbar, menara, selain tiang dan dinding serta atap.
Khalifah al-Walid banyak menyumbang ke arah kemajuan seni bina Islam semasa pemerintahannya sehingga beliau digelar ‘Pembina Agung Kerajaan Bani Umayyah’ (Mahayudin, 2004). Beliau telah membina pejabat-pejabat kerajaan dan juga beberapa bangunan bagi mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-’Aqsa di Bayt al-Maqdis. Beliau juga telah menyempurnakan pembinaan batu di Bayt al-Maqdis iaitu Qubbah al-Sakhrah. (Mahayudin, 2004).
Beliau merupakan gabenor kepada Khalifah Hisham bin ‘Abd al-Malik. Menurut Mahayudin (2004), beliau telah berjaya membina parit-parit dan tali air dalam usaha menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-Malik.
Di antara sumbangan Khalifah Abdul Rahman II dalam aspek seni bina ialah membuat projek membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk memudahkan kapal- kapal perdagangan berlabuh di pantai-pantai Andalus (Mahayudin, 2004).
Nama penuh beliau ialah Abu لaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Abbas telah dilahirkan di 101H di al-Hamimah (Mohd Mokhtar, 1993). Hasan ^rahim (dalam Mohd Mokhtar, 1993) menyatakan bahawa beliau merupakan khalifah Abbasiyah yang kedua selepas Abu al-Abbas al-Saffah. Beliau telah mendirikan sebuah istana yang bernama al- Khuldi di pinggir Sungai Dajlah. Rekabentuk istana ini sangat indah dan kedudukannya yang strategik telah menyebabkan beliau menamakannya ’Qasr al-Khuldi’ yang bermaksud istana abadi. Beliau juga telah membina Masjid Jami’ al-Mansur di hadapan
Istana al-Zahab yang mana merupakan masjid yang tertua di Kota Baghdad (Mahayudin, 2004).
Khalifah al-Mahdi ialah khalifah yang ketiga dalam khalifah-khalifah Bani Abbasiyah peringkat pertama (Mohd Mokhtar, 1993). Beliau telah membina Istana al-Salam di Isabaz dan Masjid Jami ’ al-Rishafah pada tahun 157H (Mahayudin, 2004)
Universiti Nizamiyyah merupakan pusat pengajian tinggi formal yang ditubuhkan oleh Khalifah al-Ma’mun di zaman pemerintahannya. Penubuhan universiti ini telah memberi peluang yang besar kepada orang ramai untuk menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi (Mahayudin, 2004). Imam Abu Hanifah, Imam Shafii, Imam Malik, al-Kindi, al- Farabi, Abu Bakar al-Razi dan ^n Sina adalah antara tokoh-tokoh intelektual yang pernah menuntut di universiti bersejarah ini.
Beliau telah membina Bayt al-Hikmah yang merupakan pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terbesar terletak di Baghdad (Mahayudin, 2004). Pelbagai aktiviti penulisan karya- karya ilmiah dan juga aktiviti pente؟jemahan buku ke dalam bahasa Arab dijalankan di kutub khanah ini. Beliau juga telah memperkembangkan bidang astronomi dengan membina pusat astronomi di Syamsiyah, berhampiran Kota Baghdad untuk mengawasi pergerakan bintang (Mahayudin, 2004). Kesan daripada penubuhan ini ahli-ahli geografi Islam telah be؟jaya membuktikan bahawa dunia ini bulat yang mengandungi 360 da؟jah.
Beliau merupakan seorang ahli geografi Islam yang telah membuat banyak kajian. Beliau telah be؟jaya mencipta astrolab yang digunakan oleh ahli pelayaran sehingga kini (Mahayudin, 2004).
Sultan Malik Syah
Sultan Malik Syah telah membina Balai Cerap (Observatori) untuk kegunaan ahli-ahli astronomi mengadakan persidangan. Di Balai cerap inilah Kalendar Parsi diperbaharui (Mahayudin, 2004).
(b)                SENI MUZIK
Muzik boleh ditakri^an sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan (Mahayudin, 2004). Bangsa Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni muzik. Namun begitu setelah kedatangan Islam, orang-orang Islam telah memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima beke؟ja (Mohd Mokhtar, 1993). Kesannya, lahirlah ramai tokoh- tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi dan al-Kindi.
Al-Farabi
Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad ^n Muhammad ^n Tarkhan (Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di Khurasan, Turki. Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik.
Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga be؟jaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun.

Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya dite؟jemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.
Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Ya’qub ^n Ishaq al-Kindi. Beliau dilahirkan di Kufah sekitar tahun 800 Masihi (Dipetik di http://www.muslimheritage.htm). Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak menghasilkan buku- buku mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah diterjemahkan kepada bahasa- bahasa Eropah antaranya, Essentials of Knowledge in Music, On The Melodies dan The Necessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin, 2004).
Al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara yang terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan (Dipetik di http://www.muslimphilosophy.com). Al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di samping turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003)
Beliau merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal. Karya-karyanya banyak berkisar tentang alat-alat muzik (Mahayudin, 2004). Di dalam bukunya beliau menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan.

Beliau merupakan orang yang pertama sekali membina sekolah muzik. Malahan, beliau turut menghasilkan beberapa karya muzik menerusi Syarifiya dan Modus Muzik (Mahayudin, 2004). Beliau turut digelar ’Father of Music’ oleh ahli muzik Barat yang mengagumi hasil karya seninya.
Beliau adalah anak kepada Safi al-Din yang juga merupakan pakar dalam bidang muzik yang terkenal. Terdapat buku-buku hasil ciptaannya yang diterjemahkan seperti The Jewels of Arrangement in the Knowledge ofthe Melodies (Mahayudin, 2004).
Beliau merupakan seorang yang pakar dalam seni muzik. Hasil karya beliau yang begitu terkenal ialah al-Aghani dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dengan nama The Grand Book ofSongs yang mengandungi 21 jilid (Mahayudin, 2004).
Beliau ialah orang yang pertama berjaya menghasilkan kamus muzik yang telah dite؟jemahkan bertajuk The Book Notes dan The Book of Rhythm (Mahayudin, 2004). Hasil karya beliau ini telah dijadikan sebagai buku teks rujukan bagi pelajar-pelajar universiti di Sepanyol (Mahayudin, 2004).
Nama sebenar beliau ialah Abd al-Mu’min ^n Yusuf ^n Fakhir (Dipetik di http://www.muslimheritage.com). Beliau dilahirkan pada tahun 1230 Masihi. Al-Urmawi begitu dikenali kerana beliau merupakan seorang pembuat biola dan juga ahli muzik pada zaman Khalifah al-Musta’sim.
Berdasarkan fakta-fakta di atas dapat disimpulkan bahawa orang-orang Islam bukannya mencedok ilmu muzik daripada masyarakat Yunani tetapi telah terbukti mereka begitu kreatif dalam penghasilan karya muzik yang tersendiri.
Seni khat merupakan satu seni yang berkembang seiring dengan perkembangan bidang seni yang lain terutama sekali seni ukiran. Hal ini diperakui oleh kebanyakan penulis buku Tamadun Islam (Ghazali, 2001, Ab. Alim dan Syed Idrus, 1995, Mahayudin, 2004, Kamil al-Baba, 1992). Seni khat ialah satu seni yang berkaitan dengan tulisan. Syeikh Shams al-Din al-Akfani (dalam Mahayudin, 2004) menjelaskan bahawa seni khat atau kaligrafi adalah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf- huruf tunggal, letaknya dan cara-cara merangkainya menjadi tulisan yang tersusun atau apa-apa yang ditulis di atas garis-garis bagaimana cara menulisnya dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis; menggubah ejaan yang perlu digubah dan menentukan cara bagaimana untuk menggubahnya.
Terdapat banyak khat yang digunakan oleh orang Islam seperti khat kufi, nasakh, thuluth, rayhan, muhaqqaq, tawqi’, riq’ah, diwan, ijazah, parisi, diwan jali, ta ’liq, nasta’liq, dan sebagainya (Kamil al-Baba, 1992). Terdapat sumber mengatakan bahawa khat yang tertua ialah khat kufi (Mahayudin, 2004, Ab. Alim dan Syed Idrus, 1995 dan Seyyed Hossein Nasr, 1987). Di antara tokoh-tokoh ilmuwan yang terkenal dalam bidang seni khat dan kaligrafi ialah ^n Muqlah, Ibn Bawwab dan juga Yaqut al-Musta’simi.
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad ^n Ali ^n Muqlah (Kamil al-Baba, 1992). Beliau dilahirkan di Baghdad dalam tahun 886 Masihi merupakan di antara ahli

kaligrafi yang masyhur di zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. ^n Muqlah dianggap sebagai pencipta tulisan khat naskhi yang menggantikan tempat khat kufi dalam keseragaman kaligrafi Islam (Kamil al-Baba, 1992).
Beliau telah memperkenalkan khat al-Mansub (proportional script) di dalam sejarah kaligrafi Islam. Di dalam khat ini, beliau telah menetapkan satu sistem ukuran dalam menulis satu-satu huruf. Misalnya huruf alif ditulis berpandukan titik-titik (3, 5 atau 7 titik) (Kamil al-Baba, 1992).
^n Bawwab ialah Abu al-Hassan Ali ^n Hilal ^n al-Bawwab dilahirkan di Baghdad (Seyyed Hossein Nasr, 1987). Beliau digelar ^n Bawwab kerana ayahnya adalah seorang jurukunci (bawwab) Dar al-Qada’ (bilik pengadilan) di Baghdad. Semenjak kecil lagi beliau telah mempelajari ilmu khat dengan Muhammad ^n Asad dan Muhammad al- Simsimani (Kamil al-Baba, 1992).
Beliau yang merupakan ahli kaligrafi pada zaman Bani Abbasiyyah dianggap sebagai pencipta kepada khat rayhani dan muhaqqaq (dipetik di http://www.muslim.org). Terdapat sebanyak 64 buah al-Qur’an ditulis oleh ^n Bawwab yang mana salah satunya ditulis dengan khat rayhani (Kamil al-Baba, 1992).
Nama sebenar beliau ialah Syekh Jamaluddin Yaqut al-Musta’simi al-Thawusyi al- Baghdadi (Kamil al-Baba, 1992). Selain daripada menjadi ketua di Perpustakaan al- Mustansyiriyyah, beliau juga dikenali sebagai budayawan dan ahli pujangga. Tulisannya dikatakan lebih cantik daripada ^n Muqlah dan ^n Bawwab.

Beliau pernah digelar sebagai Qiblat al-Kuttab yang bermaksud kiblat para penulis khat Kamil al-Baba, 1992). Beliau juga dikatakan pengasas kepada ”Sittah”enam jenis tulisan yang terkenal ketika itu (Ghazali, 2001)
Kesusasteraan Islam bermula sejak dari turunnya wahyu dari Allah Subahanahu Wataala (SWT) yang terakhir iaitu kitab al-Qur’an al-Karim. Al-Qur’an merupakan sebesar-besar mukjizat bagi umat Islam. Menurut Mustafa Haji Daud (1991), al-Qur’an itu ialah sumber kesusasteraan Islam yang dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isi. Maka tiada sesiapapun yang dapat menandingi keindahan bahasa yang terkandung dalam al-Qur’an.
Terdapat ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang memberi sumbangan yang besar di dalam seni sastera Islam. Karya-karya seperti The Arabian Night, Ali Baba and the 40 Thieves, Sinbad the Sailor, dan Aladin and the Magic Lamp begitu popular hingga ke negara-negara Barat. Di antara intelektual Islam yang terkenal dalam seni sastera ialah:
Firdawsi amat terkenal melalui hasil karyanya yang be؟judul Hikayat 1001 Malam (dipetik di http://www.muslimphilosophy.com). Ceritanya telah banyak memberi kesan kepada masyarakat Islam dan tidak ketinggalan juga orang-orang Barat sehinggakan ia telah dite؟jemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa. Beliau juga menghasilkan karya bertajuk Shah Nameh yang turut dite؟jemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Epic Kings (Ghazali, 2001).
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik I^n Muhammad I^n Muhammad ]bn Tufayl al-Qaysi (dipetik di http://www.muslimheritage.com). Di dalam karyanya, beliau menceritakan tentang bagaimana seseorang mencapai fasa perkembangan yang tinggi sekali tanpa bantuan apa-apa daripada orang lain atau dari alam sekitarnya (Hasan, 1971). Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy ^n Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah dite؟jemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671 (Dipetik di http://www.members.tripod.com/man 999/ sumbangan_Islam_2.htm). Orang Eropah bukan setakat mente؟jemah malahan mereka juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18 (Hasan, 1971).
Omar Khayyam
Omar Khayyam juga terkenal sebagai seorang penyair yang hebat di zamannya. Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia Barat sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan Bahasa Inggeris bagi bukunya, Rubayyat (Dipetik di http://www.tutor.com.my/tutor) . Buku ini menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimilikinya. Sumbangan beliau sebagai ahli falsafah banyak meletakkan asas dalam tamadun keilmuan manusia sejagat.
Abu al-Sult Ibn Abdul Aziz
Antara sarjana Islam yang terkemuka di Andalus pada abad keenam hijriyyah termasuklah Abu al-Sult Umaiyah ^n Abdul Aziz ^n Abi al-Sulf (Mahmood Zuhdi, 2003). Beliau dilahirkan di Daniat, Andalus Timur pada tahun 459 H (1067 M) (Ibn Abi Usaiba’ah, 1965). Beliau banyak menggubah syair-syair puji-pujian kepada raja untuk mencari rezeki. Selain antologi-antologi syair, beliau juga menghasilkan karya berkenaan dengan sastera iaitu al-Mulah al-Asriyah, Hadiqah al-Adab, dan al-Rlsalah al-Misriyyah (^n Abi Usaiba’ah, 1965).
Ibn Bajjah

Beliau ialah Abu Bakr Muhammad ^n Yahya al-Sa’igh dilahirkan di Saragossa pada tahun 457 H (1082 M) (Mahmood Zuhdi, 2003). Beliau merupakan seorang sasterawan yang unggul, ahli bahasa dan seorang hafiz al-Qur’an. Beliau menghasilkan karya seperti Risalah al-Wida ’, al-Risalah al-Ittisal dan al-Madinah al-Fadilah (Umar Furrukh, 1983).
Berdasarkan fakta yang dinyatakan di atas, sememangnya telah terbukti bahawa tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar melalui intelektual Islam di dalam perkembangan sebahagian besar cabang seni yang wujud pada hari ini. Pada hakikatnya Islam tidak pernah menolak kesenian malahan menerapkan unsur-unsur murni yang menjadi teras kepada setiap cabang seni iaitu Tauhid bersesuaian dengan peredaran zaman.لelas menunjukkan bahawa perkembangan seni sama ada seni khat, seni bina, seni sastera mahupun seni muzik telah pun dibangunkan awal-awal lagi oleh ilmuwan Islam. Buktinya ramai pencinta seni dari barat mempelajari dan mengkaji hasil seni ilmuwan Islam dan seterusnya menggunakan pengetahuan itu untuk menjadi teras kebangkitan ketamadunan mereka. Malahan pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Renaissance atau Pembaharuan di Eropah (Azhar et.al, 2002) yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Generasi pada hari ini sepatutnya merasa bangga dengan sumbangan ilmuwan Islam yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia malahan mereka perlu mempunyai semangat dan iltizam untuk mengulangi keagungan tahap pencapaian ilmu pengetahuan intelektual Islam satu masa dahulu. Apa yang membantu kejayaan umat Islam dalam bidang-bidang ilmu seperti ini ialah Islam itu sendiri yang bersikap terbuka dan positif terhadap ilmu pengetahuan. Malahan al-Qur’an juga sentiasa menggesa umat Islam supaya berfikir dan meneliti tentang manusia dan alam Adalah menjadi aspirasi dan impian kita untuk menyaksikan suatu hari nanti sejarah keagungan umat Islam seperti dahulu akan kembali berulang.
RUJUKAN
Azhar, M.A., Azharudin, M.D., Suffian, M. & Zulkanain, A.R. (2002). Tamadun Islam dan tamadun Asia. (2"d ed.). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ab. Alim, A. R. & Syed Idrus, S. M. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ghazali, D. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Hasan, L. (1987). Pendidikan Islam: satu analisa sosiopsikologikal. (t.t.): Pustaka Antara.
Kamil, B. (1983). Dinamika kaligrafi Islam. (Terjemahan: Sirojuddin, A. R. (1992)). Jakarta: Dar al-‘Ulum Press.
Mahayudin, Y. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Mohd Mokhtar, S. (1993). Sejarah keagungan kerajaan Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Seyyed Hossein Nasr. (1987). Spiritualitas dan seni Islam. (Terjemahan: Sutejo. (1992)) Bandung: Penerbit Mizan.
Haliza, H. Al-Farabi. Berita Harian. Februari 27, 2006.