PEMBUDAYAAN
ILMU:PERSPEKTIF SEJARAH TAMADUN ISLAM
JURNAL PENDIDIKAN ISLAM
MOHAINI MOHAMED
FAKULTI PENDIDIKAN UTM
Pengumpulan maklumat dan
penjanaan ilmu
Masyarakat zaman moden mempunyai akses
kepada maklumat secara luas dengan kemunculan teknologi internet sehingga
mana-mana maklumat boleh dicapai dihujung jari. Di zaman tamadun Islam, akses
kepada maklumat ini telah diperolehi melalui satu usaha yang bertungkus lumus.
Dalam usaha membudayakan ilmu dalam masyarakat Islam, pengumpulan maklumat dan
ilmu ini adalah diantara kegiatan awal yang dilakukan walaupun diperolehi
dengan kaedah yang sangat sukar.
Kemunculan kerajaan Bani Abbasiyyah pada
pertengahan abad kelapan atau kira-kira seratus tahun selepas kemangkatan
Rasulullah menandakan permulaan era budaya ilmiah dalam dunia Islam. Ia
merupakan suatu era di mana kegiatan ilmiah tumbuh secara terancang dan
komprehensif. Dengan berlangsungnya penaklukan-penaklukan kawasan dan rantau,
tersedia sumber daya yang meluas bagi orang-orang Islam. Ketika Akademi Plato
ditutup pada tahun 529 S.M. ramai sarjana Yunani berhijrah ke Persia. Se-abad
kemudian, pengetahuan Yunani yang tumbuh di sana menjadi milik sebahagian daripada
empayar Islam. Orang Arab menjalinkan hubungan dengan orang Yunani dari Empayar
Byzantium. Bahkan Khalifah Al-Ma’mun (813-833M), membuat satu syarat perdamaian
dengan pemerintah Byzantium agar manuskrip Yunani diserahkan ke ibu kota
kerajaannya. Mesir, pusat pengetahuan Yunani semasa zaman Iskandariah
kemudiannyajuga tertaklok di bawah kekuasaan Islam. Jadi bekas peninggalan
pengetahuan Yunani yang masih terselamat, menyumbang kepada aktiviti
intelektual. Setelah kejatuhan tamadun Yunani, sarjana-sarjana dari Syria yang
berlindung di Antiokia, Emesa dan Damshik maupun Edessa dan bernaung di
pusat-pusat penyimpanan ilmu pengetahuan yang lain, semuanya berada di bawah
kekuasaan khalifah. Secara keseluruhannya, orang- orang Islam khususnya bangsa
Arab telah mengendalikan atau memiliki daya akses kepada budaya daripada
Tamadun Byzantium, Mesir, Syria, Parsi dan juga negeri-negeri yang jauh di
timur termasuk sebahagian dari India.
Khalifah
Abbasiyyah di Baghdad menjadi penaung kepada kegiatan ilmu pengetahuan dan
mengundang para ilmuan ke istana tanpa mengira bangsa atau agama mereka. Sejak
awal-awal iagi, sekitar tahun 772 Masihi, istana Khalifah al-Mansur dikunjungi
seorang ahli astronomi Hindu dari Sind yang membawa sebuah jadual astronomi.
Khalifah memerintahkan agar jadual yang kemudiannya dikenali sebagai Sindhind
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Jadual itu mungkin berasal dari karya
Bramagupta dan mengandungi banyak unsur tradisi astronomi termasuk kaedah
matematik penggunaan sinus.
Ciri-ciri aktiviti intelektual yang unik
pada zaman tamadun Islam tidak hanya terbatas di kalangan golongan tertentu
atau kerabat sultan maupun kelompok penguasa. Pendidikan yang diperuntukan pada
pengolahan kebenaran dan pengetahuan tetap dapat diperolehi oleh pelbagai strata
masyarakat Islam. Dalam hal inilah penghargaan selayaknya diberikan pada
pemerintahan Islam, yang sesudah penaklukan, mereka bersikap liberal terhadap
seluruh masyarakat Bermula dari abad kelapan, ilmu saintifik dijana di ibu kota
Baghdad dengan lebih intensif. Meskipun bahasa lain dibenarkan, bahasa Arab
yang merupakan bahasa al-Quran, menjadi bahasa lingua franca ilmiah di
seluruh wilayah Empayar Islam.
Aktiviti Penterjemahan
Dalam sejarah tamadun Islam, aktiviti
penterjemahan khazanah tamadun manusia dari pelbagai bahasa kepada bahasa Arab
merupakan satu kegiatan yang sangat dititik beratkan. Sebuah gedung ilmu yang
bemama Baitul al- Hikmah telah diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rashid
(789-809) dan dikembangkan oleh anaknya khalifah al-Ma’mun. Disamping
berperanan sebagai perpustakaan, Baitul Hikmah juga merupakan
tempatperhimpunanperterjemah yang mem ainkan peranan besar dalam menterjemah
manuskrip-manuskrip falsafah dan tradisi saintifik zaman purba ke dalam bahasa
Arab lalu diolah dan digabungkan dalam satu kerangka konsep Islam.
Penterjemahan ke bahasa Arab dari bahasa Yunani, Syria, Pahlavi, dan Sanskrit
berada pada puncaknya pada abad ke-9 dan ke-10 Masihi. Sarjana Islam, Kristian,
Yahudi dan bahkan Zoroaster ditugaskan untuk menterjemah karya-karya ilmiah.
Dalam masa tersebut karya-kaiya matematik Euclid, Ptolemy, Aristotle,
Apollonius, Archimedes, Heron, Diophantus dan beberapa karya sarjana Hindu
dapat diperolehi dalam bahasa Arab. Di antara para penterjemah yang terkenal
ialah Hunayn ibn Ishaq (809-873) yang berugama Nestorian, memiliki 90 murid
perterjemah di bawah pengawasannya termasuk anaknya Ishaq, anak saudaranya
Hubaysh, dan dua orang ahli matematik bemama Thabit ibn Qurra dan Qusta ibn
Luqa.
Pada
zaman pemerintahan Khalifah al-Mutawakkil (847-861M), seorang ahli matematik
bukan Islam bernama Thabit ibn Qurra telah berjaya menjadi ternama. Beliau dan
murid-muridnya telah menterjemah karya utama Yunani dalam bidang geometri dan
astronomi termasuk risalah klasik Appolonius dan Archimedes. Anak lelaki
Thabit, Ibrahim dan Sinan, cucu-cucunya Thabit dan Ibrahim, serta cicitnya Abu
al-Faraj meneruskan penterjemahan dan kaiya pengumpulan yang memperkaya ilmu
matematik dan astronomi di samping penemuan dan pengamatan asli mereka.
Para khalifah zaman awal Abbasiyyah ini
mengirim banyak utusan ke luar negara untuk memperoleh salinan buku-buku
penting. Pengabadian mereka dibuktikan ketika Hunayn ibn Ishaq menghadapi
kesukaran untuk menemui salinan buku perubatan yang ditulis oleh Galen. Hunayn
menyatakan bahawa temannya Jabril telah bertungkus-lumus untuk menemui buku
tersebut dan berkata,
Saya sendiri dengan penuh semangat
berusaha mencari buku ini' diseluruh Mesopotamia, Syria, Palestine dan Mesir
sampai saya tiba di Iskandariah. Saya tidak menemukan apa-apa kecuali di
Damascus, namun isinya hanya setengah dari buku itu (buku- buku Galen). Yang
sayatemukan dalam buku itu adalah bab-bab yang tidak berurutan dan tidak
lengkap. Meskipun demikian,
Jabril juga menemukan beberapa bab buku
ini, yang berbeda dari yang sayatemukan. (Berggren, 1985: 4)
Dorongan yang diberikan untuk usaha
menterjemah semasa zaman kegemilangan Islam terlihat dengan pemberian upah yang
lumayan kepada para penterjemah. Hunayn, misalnya, ketika dilantik menjadi
pengurus Akademi Kesusasteraan Al-Ma’mun, diberikan emas senilai dengan berat
buku yang diterjemahkan. Khalifah penerusnya, al-Mutawakil, melindungi Hunayn
dan menjadikannya sebagai sahabat peribadi,
Kepentingan ilmu dalam
Islam
Dalam Islam, usaha menuntut ilmu
pengetahuan merupakan suatu ibadah. Ayat al-Quran yang pertama diturunkan
kepada Nabi Muhammad menegaskan keunggulan ilmu pengetahuan:
Bacalah dengan (menyebut)
namaTuhanmuyangmenciptakan.
Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah!
Dan Tuhanmu yang Paling Pemurah. Yang
mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia
akan apa yang tidak diketahuinya (Al-Alaq:l-5)
Terdapat
banyak ayat di dalam Al-Quran yang mengungkapkan berulang kali akan kepentingan
ilmu. Berbeda dengan 250 ayat Al-Quran yang menyebut tentang hukum-hakam, 750
ayat lainnya (hampir satu perlapan daripada kandungan Al-Quran) mendorong
manusia untuk mengkaji alam semulajadi, untuk merenung, dan mencari bukti dan
penjelasan yang terbaik bagi mencari jalan kebenaran, iaitu jalan menuju Allah.
Hal ini mencerminkan adanya alasan intelektual yang digunakan untuk mencari
ilmu. AI-Quran satu-satunya simbol wahyu bagi umat Islam menjelaskan bahawa
pengetahuan dan agama tidak dapat dipisahkan. Hal ini terangkum dalam ayat-ayat
seperti berikut:
Dialah yang menjadikan matahari bersinar
dan bulan yang bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat- tempat)
bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan
perhitungan (waktu). Allah tidak men- ciptakan yang demikian itu melainkan
dengan hak. Dia menjelaskan tanda- tanda (kebesaran-Nya) kepada orang yang
mengetahui. (Yunus:5)
Nabi Muhammad s.a.w sendiri, meskipun
dianggap tidak terpelajar dari sudut pandangan pengetahuan manusia, merupakan
satu-satunya saluran pewahyuan kitab yang dianggap oleh orang Islam sebagai
inti segala pengetahuan. Setiap orang Islam baik laki-laki maupun perempuan
diwajibkan mencari ilmu pengetahuan. Beberapa ungkapan Rasululah atau hadithnya
seperti ’’carilah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” dan ’’carilah ilmu
walau ke negeri Cina” dijadikan argumen yang sah untuk mencari, mengajar dan
menyebarluaskan ilmu pengetahuan.
Dengan menjadikan penuntutan ilmu ini
sebagai kewajipan dalam beragama, ia telah menyemarakkan semangat menuntut ilmu
di kalangan pengikutnya. Dalam sejarah Islam, perbalahan, pergaduhan bahkan
persengketaan terhadap penganut doktrin yang berbeda pernah berlaku, tetapi
tidak pernah terjadi pada kepercayaan ilmiah. Tak pernah ada peristiwa seperti
yang menimpa Copernicus atau Galileo yang dipenjara seumur hidup atau
dijatuhkan hukuman bunuh kerana mempertahankan prinsip ilmiah mereka. Beruntung
bagi umat Islam, tidak ada perbedaan antara fakta iimiah yang terbukti secara
empirik dan pewahyuan ayat Al-Quran. Orang-orang Islam percaya bahawa wahyu
adalah kata-kata dari Allah dan alam semesta dan hukumnya merupakan karya- Nya.
Jadi tidak ada percanggahan di antara satu sama lain.
Keperluan ilmu dalam
urusan 'ibadah
Pengetahuan
yang paling disukai kaum Muslim pada waktu itu ialah matematik dan astronomi.
Pada pandangan ilmiah orang Arab, terdapat dasar keagamaan yang mendorong pada
kajian ilmu matematik dan astronomi. Arithmetik diperlukan untuk menghitung
warisan dan juga kalendar Islam. Matematik dan geografi astronomi diperlukan
untuk menentukan arah kiblat di Mekah sebagai kiblat' ibadah setiap kaum
Muslim: Untuk tujuan itu, pengetahuan arah kedudukan kiblat atau Mekah dari
daerah geografi yang berbeda merupakan suatu tuntutan agama.
Kebutuhan agama merupakan dorongan yang
kuat untuk berkarya dalam bidang ini. Penentuan waktu solat fardhu lima waktu
yang tepat, permulaan dan akhirnya puasa harian dalam bulan Ramadhan serta
permulaan dan penghujung bulan Ramadhan dan sambutan perayaan Muslim
berkaitrapat dengan kegiatan para ahli astronomi. Pengetahuan inengenai
kedudukan bintang sangat membantu dalam mengatur petunjuk perjalanan khususnya
untuk jemaah haji menziarahi Makkah. Hal ini berpengaruh untuk menentukan waktu
yang tepat dari gerakan bulan dan bintang.
Kerana astronomi suatu ilmu pengetahuan
yang bersifat fungsional dan sesuai dengan prinsip Islam, banyak kemajuan telah
dihasilkan dalam bidang ini selama peradaban Islam. Pada waktu itu banyak
jadual atau tabel dan alat astronomi dicipta dan jaringan balai cerapan
ditubuhkan. Tidak seperti bidang astrologi yang selalu dianggap kontroversi dan
mendapat cemuhan, bidang astronomi tidak mendapat halangan dan larangan.
Menjelang abad kesembilan, keistimewaan bidang astronomi dapat dilihat dengan
jelas. Ketika al-Biruni menulis Qanun al-Mas ’udi se-abad selepas itu,
astronomi Islam menjadi ilmu yang paling lengkap dan sempurna serta terkenal di
seluruh dunia.
Islam
mempunyai sistem peraturan dan daya kawal yang kuat baik terhadap kehidupan
penganutnya secara individu maupun secara berorganisasi. Para penakluk Arab
menerima malah menghargai budaya ilmiah bangsa-bangsa taklukannya asalkan tidak
bertentangan dengan tasawwur Islam. Mereka memperlihatkan sifat persaudaraan dan
toleransi kepada penganut agama wahyu terdahulu yaitu Yahudi dan Kristian. Pada
awalnya, khalifah empayar Islam memberi kebebasan berpendapat kepada kelompok
minoriti seperti Khawarij, Kristian, Yahudi, Sabian dan Majusi. Seluruh
penganut agama menikmati kebebasan mengamalkan ibadah masing-masing. Salah satu
aktiviti yang mendapat tempat istemewa di kalangan masyarakat pada waktu itu
ialah perbincangan dan perbahasan umum. Bahkan perdebatan agama dan hukum bukan
hanyadiizinkan, malahan mendapat dorongan yang luarbiasa. Kelompok minoriti
diberi hak sama rata untuk belajar atau mengadap di istana. Selain itu, mereka
mendapat kesempatan yang sama untuk berguru dan menggunakan bahasa lain selain
bahasa Arab. Bagi pemerintah Islam terutamanya zaman khalifah Abbasiyyah,
memahami sains zaman purbakala merupakan hal yang penting. Hal ini tidak
dimaksudkan semata-mata untuk kepentingan peribadi seseorang penguasa individu
seperti Harun al-Rashid atau al-Ma’mun, melainkan demi kepentingan
keintelektualan komuniti umat Islam.
Namun cabaran ilmiah datang dari para ahli
teologi dan falsafah agama minoriti seperti Kristian dan Yahudi yang lebih
mengenali pengetahuan Yunani. Perdebatan itu terjadi di kota-kota seperti
Damsyik dan Baghdad antara Kristian, Yahudi dan Islam. Pada peringkat awal
orang-orang Islam sering menjadi kelompok yang kalah. Ini disebabkan kaum
Muslim tidak mampu mempertahankan argumennya tentang Islam dengan hujah yang
menggunakan keupayaan rasional dan logik. Kerana itu, Khalifah terdorong untuk
mengambil pengetahuan Yunani untuk kepentingan masyarakat Muslim. Menghadapi
cabaran itu merupakan sesuatu yang penting bagi Khalifah kerana hal itu akan
mempengaruhi peranan hukum ugama dalam masyarakat Islam yang menjadi dasar
kekuasaan Khalifah. Justeru melindungi kepentingan masyarakat Muslim dan
membatasi kekuasaan tamadun terdahulu serta memastikan agar ajaran Islam
menjadi lebih berkembang, Khalifah Abbasiyyah mengubah perhatian para ilmuan
dengan memberi tumpuan kepada falsafah dan pengetahuan logik dari Yunani.
Sarjana di Zaman Tamadun
Islam
Kegiatan ilmiah di zaman tamadun Islam
telah membuahkan ramai sarjana Islam yang masyhur. Salah seorang daripadanya
ialah ahli matematik yang tersohor iaitu dikenali dengan nama al-Khwarizmi.
Warisan peninggalan al-Khwarizmi termasuk cara mempersembahkan nombor untuk
mengira dengan mudah dan efisyen termasuklah nombor pecahan, sains aljabar yang
banyak menyelesaikan masalah kehidupan dan peta dunia yang lebih tepat dari
sebelum ini.
Di
dunia Barat, ilmu matematik lebih banyak di pengaruhi oleh karya al~ Khwarizmi
dibandingkan karya para penulis lain pada abad pertengahan. Penggunaan nombor
Arab al-Khwarizmi telah tersebar dengan luasnya. Kedudukan notasi asas 10,
penggunaan nombor tak rasional dan pengenalannya mengenai aljabar dalam konteks
yang moden membuatkan beliau digelar Bapa Aljabar Moden. Pengenalannya mengenai
sistem nombor Arab merubah kandungan dan karakter matematik dan merevolusi
proses perhitungan di abad pertengahan di benua Eropah. Dengan mengintegrasi
matematik Yunani, Hindu dan Babilon, teks aljabar beliau merupakan salah satu
contoh daripada sifat antarabangsa Tamadun Islam. Selain itu, istilah aljabar,
sifar dan nilai akar yang kekal digunakan sehingga sekarang menjadi bukti
tentang sumbangan al- Khwarizmi dalam pengembangan pengetahuan sains
perhitungan.
Seorang lagi tokoh Islam ialah Ibn
al-Haytham, dikenali di Barat dengan panggilan Alhazen, telah dilahirkan di
Basra, sebuah bandar selatan timur Iraq pada 965 Masihi.
Beliau menemukan teori cahaya yang nyata
lebih baik daripada yang terhasi! oleh Euclid dan Ptolemy. Karyanya dalam
bidang optik telah dijadikan rujukan utama di Eropah lebih daripada enam abad.
Seorang ilmuan Barat bemama Witelo, dengan karya terbesarnya Perspetiva,
menjadikan karya Ibn al-Haytham sumber rujukan utamanya. Perspectiva
sangat berpengaruh pada abad ke tujuh belas di mana Kepler menggunakannya
sebagai asas untuk menghasilkan karyanya yang agung, Advitellionem
paralipomena (1604).
Ibn al-Haytham merupakan salah seorang
personaliti terbaik dalam semangat bereksperimen dalam tamadun Islam. Abu
Zakariya al-Razi dan Ibn al- Haytham secara umumnya dianggap sebagai ilmuan
Islam yang terkemuka dalam memperkenalkan dan membangunkan kaedah sains
eksperimental. Kemampuan eksperimental merupakan satu-satunya kelebihan
penelitian Ibn al-Haytham. Bahkan eksperimen optik paling sederhana pun hanya
dapat dilakukan dengan peralatan terbaik yang diciptakan sendiri. Disamping
itu, beliau juga terus mengembangkan kaedah eksperimen saintifik untuk menjamin
hasil yang lebih tepat. Langkah yang ditunjukkan dalam penulisannya sangatlah
berhati-hati. Beliau mempunyai mesin yang memungkinkannya untuk mencipta kanta
cembung atau cengkung, cermin dan peralatan pembiasan lainnya. Ibn al- Haytham
telah berusaha dengan gigih dalam mengembangkan teknik eksperimen yang
mempunyai kadar kejituan yang tinggi.
Beliau menggunakan kaedah ekperimen dalam
berbagai fenomenaa optik seperti penentuan rektilinear pergerakan cahaya,
perspektif bayang-bayang, penggunaan kanta dan kamera obscura yang
julung-julung kalinya dikaji secara matematik. Kemajuan beliau dalam teknik
ekperimen khususnya lahir sebagai alat identifikasi metodologi yang eksplisit
seperti terlihat dalam karyanya yang berjudul Kitab al-Manazir. Baik
Aristotle maupun Ibn Khaldun berpendapat bidang optik sebagai suatu cabang
dalam geometri. Walaupun Ibn Al- Haytham amat arif dengan sumber dari peradaban
Yunani dalam kajian optik atau mengenai pembiasan cahaya, beliau mensintesis
elemen-elemen teori sebelumnya lalu diolah dan disusun sedemikian rupa sehingga
menghasilkan sesuatu yang berlainan. Beliau menempatkan optik disebuah platfom
yang baru sehingga beliau dikenali sebagai Bapa Optik Moden. Penelitian optik
Ibn- Haytham sangat mempengaruhi karya ilmuan Eropah sehingga menjangkau ke
abad tujuh belas dalam hasil penulisan Witelo, Roger Bacon, Leonardo da Vinci,
Kepler dan Descartes.
No comments:
Post a Comment