Friday 21 December 2012

Kemerosotan Sains dan Teknologi Dunia Islam

Kemerosotan Sains dan Teknologi Dunia Islam
Kehebatan sains dan teknologi di dunia Islam pada zaman Abbasiyah dan
Utsmaniyyah adalah tidak dapat pertikai lagi malah diakui oleh dunia barat.

Malah diakui oleh CEO Hewlett Packard pada 26 sept. 2001, Carly Florina :
"...I'll end by telling a story. There was once a civilization that was the
greatest in the world.It was able to create a continental super-state that
stretched from ocean to ocean, and from northern climes to tropics and deserts.
Within its dominion lived hundreds of millions of people, of different creeds
and ethnic origins.

One of its languages became the universal language of much of the world, the
bridge between the peoples of a hundred lands. Its armies were made up of people
of many nationalities, and its military protection allowed a degree of peace and
prosperity that had never been known. The reach of this civilization's commerce
extended from Latin America to China, and everywhere in between.

And this civilization was driven more than anything, by invention. Its
architects designed buildings that defied gravity. Its mathematicians created
the algebra and algorithms that would enable the building of computers, and the
creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures
for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved
the way for space travel and exploration.

Its writers created thousands of stories. Stories of courage, romance and
magic. Its poets wrote of love, when others before them were too steeped in fear
to think of such things.

When other nations were afraid of ideas, this civilization thrived on them,
and kept them alive. When censors threatened to wipe out knowledge from past
civilizations, this civilization kept the knowledge alive, and passed it on to
others.

While modern Western civilization shares many of these traits, the
civilization
I'm talking about was the Islamic world from the year 800 to 1600, which
included the Ottoman Empire and the courts of Baghdad, Damascus and Cairo, and
enlightened rulers like Suleiman the Magnificent.

Although we are often unaware of our indebtedness to this other civilization,
its gifts are very much a part of our heritage. The technology industry would
not exist without the contributions of Arab mathematicians. Sufi
poet-philosophers like Rumi challenged our notions of self and truth. Leaders
like Suleiman contributed to our notions of tolerance and civic leadership.

And perhaps we can learn a lesson from his example: It was leadership based
on meritocracy, not inheritance. It was leadership that harnessed the full
capabilities of a very diverse population-that included Christianity, Islamic,
and Jewish traditions.

This kind of enlightened leadership - leadership that nurtured culture,
sustainability, diversity and courage - led to 800 years of invention and
prosperity..."

Perkembangan S&T dunia Islam begitu menyeluruh merangkumi bidang perubatan,
matematik, kimia, fizik, astronomi, geografi, pelayaran, biologi, dan botani.
Dunia Islam berjaya melahirkan ramai tokoh dalam setiap bidang yang hasil
pengkajiannya menjadi rujukan sehingga sekarang.

Namun kemerosotan S&T mula dirasakan pada penghujung kekhilafahan bani
Utsmaniyyah pada abad 18M. Dan hal ini terus berterusan sehinggalah ke hari ini
dunia Islam begitu ketinggalan dlm bidang S&T.

Permulaan Kemerosotan Pemikiran Di Dunia Islam
Kemunduran sains dan teknologi yang berlaku dalam dunia Islam pada
penghujung Khilafah Uthmaniyyah (abad 18 – 20 Masihi) adalah perkara yang pasti
berlaku rentetan akibat daripada kemerosotan pemikiran yang berlaku dalam
masyarakat dunia Islam. Sebenarnya titik permulaan kemerosotan pemikiran umat
Islam sudah bermula pada abad ke-8 Masihi, yang mana pada waktu itu banyak
buku-buku Hellenistik (falsafah Yunani) diterjemahkan dengan bebas ke dalam
bahasa Arab akibat pertembungan yang berlaku antara Islam dengan Rom. Keadaan
ini menyebabkan munculnya golongan mutakallimin seperti Muktazilah, Jabariah,
Anssyariah (Ahlus sunnah) yang banyak membincangkan isu-isu yang absurd seperti
perihal qada' dan qadar.
Keadaan kemerosotan umat Islam mula bertambah apabila al-Qaffal menutup pintu
ijtihad pada abad ke-9M semasa pemerintahan Islam di bawah kekuasaan Bani
Abassiyyah yang berpusat di Baghdad. Hakikatnya, pada ketika itu dunia Islam
mempunyai ramai mujtahid, namun semua ijtihad baru tidak diterima dan hanya
ijtihad-ijtihad yang sedia ada diterima pakai apabila menyelesaikan
masalah-masalah baru yang timbul dalam dunia Islam.
Pertembungan Islam dengan tamadun Hindu di India juga telah membawa kepada
perterjemahan buku-buku falsafah Hindu kepada bahasa Arab secara bebas. Keadaan
ini telah membawa kepada kemunculan pemikiran sufisme yang melampau dalam dunia
Islam sehingga wujud kelompok-kelompok tariqat yang menolak kehidupan dunia dan
hanya menumpukan kepada ibadah. Ini adalah satu bentuk sekularisme yang wujud
dalam dunia Islam dan keadaan ini cukup ketara sewaktu khilafah Turki
Uthmaniyyah hampir jatuh pada awal abad ke-20M.

Kemerosotan Pemikiran Kian Parah Pada Zaman Kolonial
Keadaan pemikiran umat Islam kian parah pada abad ke-20 M yang
mana pada masa ini banyak kawasan wilayah Islam mula dicampur tangan oleh pihak
penjajah kolonial secara langsung atau tidak langsung. Pada masa ini keadaan
Khilafah Turki Uthmaniyyah adalah agak tenat kerana pergolakkan politik di
peringkat dalaman dan luaran. Umat Islam pada masa ini sudah terpengaruh dengan
idea-idea barat yang begitu asing seperti Nasionalisme dan Patriotisme akibat
daripada hubungan dengan Eropah. Mereka terpengaruh dengan barat kerana kemajuan
yang dicapai oleh barat pada ketika itu yang telah mengatasi umat Islam.
Idea-idea ini telah yang menyebabkan banyak wilayah-wilayah Islam memberontak
untuk keluar daripada Turki Uthmaniyyah untuk menubuhkan negara sendiri seperti
penentangan yang dilakukan oleh Syarif Hussain di tanah arab yang bersekongkol
dengan British dan Perancis dalam menentang Turki Uthmaniyyah.
Keadaan pemikiran umat Islam juga begitu jelas dalam keadaan parah
apabila para ulama dan cendikiawan pada waktu itu gagal untuk membezakan antara
'Sains dan Teknologi' dengan 'Norma-norma Kehidupan' yang ditiup oleh barat ke
dalam dunia Islam. Dengan itu wujud dua golongan, satu golongan menolak
kedua-dunya sekali, dan satu golongan lagi menerima kedua-duanya sekaligus.
Golongan pertama adalah golongan yang bersikap jumud sehingga masyarakat yang
menyokong mereka jelas mundur dan lemah dalam pemikiran, menakala golongan yang
kedua (seperti Muhammad Abduh di Mesir, Said Ahmad Khan di India dan Mustafa
Kemal Attartuk di Turki) telah menjadi alat kepada penjajah barat untuk
merosakkan umat Islam dengan membawa idea-idea dan norma-norma barat
(Nasionalisme, Patriotisme, dan Modenisme) yang jelas bertentangan dengan Islam
agar diterapkan dalam umat Islam atas nama kemajuan sains dan teknologi.
Pada permulaannya perjuangan golongan kedua tidak popular, tetapi akhirnya
perjuangan golongan kedua telah mendapat sokongan daripada masyarakat Islam.
Idea-idea dan peraturan-peraturan yang digariskan oleh barat telah berjaya
diterapkan dalam kehidupan umat Islam di seluruh dunia dan umat Islam cuba
bangkit daripada kemunduran dan kejumudan dengan idea-idea tersebut. Namun
begitu, hasil perjuangan golongan kedua tidaklah menampakkan hasil yang begitu
baik. Sehingga sekarang umat Islam masih lagi ketinggalan kepada barat dalam
segenap aspek kehidupan termasuklah Sains dan Teknologi.

Kesimpulan
Dalam memastikan umat Islam kembali menerajui dunia dalam segenap
aspek kehidupan, umat Islam perlu memahami bahawa Islam tidak bertentangan
dengan Sains dan Teknologi. Malah kemajuan sains dan teknologi Islam pada zaman
keemasan dahulu juga banyak dipengaruhi oleh sains Hindu dan Cina seperti yang
diketahui. Namun begitu umat Islam perlu berhati-hati apabila bertembung dengan
idea-idea dan norma-norma yang bukan berasal daripada Islam. Ini kerana
idea-idea ciptaan manusia biasanya tercetus daripada fikiran manusia yang lemah
dan terbatas malah dipengaruhi oleh hawa nafsu. Manakala idea-idea Islam
sememangnya tercetus daripada Pencipta yang dikorek daripada al-Quran dan
Sunnah. Biasanya apabila dibuat pengkajian, banyak idea-idea ciptaan manusia
bertentangan dengan Islam itu sendiri. Maka, untuk mengembalikan semula
kemuliaan umat Islam dewasa ini, idea-idea asing ini perlu diperjelaskan kepada 
umat Islam hari ini kepincangan dan pertentangannya dengan Islam, dan
harus dikembalikan semula idea-idea pemikiran Islam yang sebenar untuk
menyelesaikan permasalahan segala aspek kehidupan manusia.

No comments:

Post a Comment