Thursday 20 December 2012

PEMBUDAYAAN ILMU:PERSPEKTIF SEJARAH TAMADUN ISLAM


PEMBUDAYAAN ILMU:PERSPEKTIF SEJARAH TAMADUN ISLAM
JURNAL PENDIDIKAN ISLAM
MOHAINI MOHAMED
FAKULTI PENDIDIKAN UTM

Pengumpulan maklumat dan penjanaan ilmu
Masyarakat zaman moden mempunyai akses kepada maklumat secara luas dengan kemunculan teknologi internet sehingga mana-mana maklumat boleh dicapai dihujung jari. Di zaman tamadun Islam, akses kepada maklumat ini telah diperolehi melalui satu usaha yang bertungkus lumus. Dalam usaha membudayakan ilmu dalam masyarakat Islam, pengumpulan maklumat dan ilmu ini adalah diantara kegiatan awal yang dilakukan walaupun diperolehi dengan kaedah yang sangat sukar.
Kemunculan kerajaan Bani Abbasiyyah pada pertengahan abad kelapan atau kira-kira seratus tahun selepas kemangkatan Rasulullah menandakan permulaan era budaya ilmiah dalam dunia Islam. Ia merupakan suatu era di mana kegiatan ilmiah tumbuh secara terancang dan komprehensif. Dengan berlangsungnya penaklukan-penaklukan kawasan dan rantau, tersedia sumber daya yang meluas bagi orang-orang Islam. Ketika Akademi Plato ditutup pada tahun 529 S.M. ramai sarjana Yunani berhijrah ke Persia. Se-abad kemudian, pengetahuan Yunani yang tumbuh di sana menjadi milik sebahagian daripada empayar Islam. Orang Arab menjalinkan hubungan dengan orang Yunani dari Empayar Byzantium. Bahkan Khalifah Al-Ma’mun (813-833M), membuat satu syarat perdamaian dengan pemerintah Byzantium agar manuskrip Yunani diserahkan ke ibu kota kerajaannya. Mesir, pusat pengetahuan Yunani semasa zaman Iskandariah kemudiannyajuga tertaklok di bawah kekuasaan Islam. Jadi bekas peninggalan pengetahuan Yunani yang masih terselamat, menyumbang kepada aktiviti intelektual. Setelah kejatuhan tamadun Yunani, sarjana-sarjana dari Syria yang berlindung di Antiokia, Emesa dan Damshik maupun Edessa dan bernaung di pusat-pusat penyimpanan ilmu pengetahuan yang lain, semuanya berada di bawah kekuasaan khalifah. Secara keseluruhannya, orang- orang Islam khususnya bangsa Arab telah mengendalikan atau memiliki daya akses kepada budaya daripada Tamadun Byzantium, Mesir, Syria, Parsi dan juga negeri-negeri yang jauh di timur termasuk sebahagian dari India.
Khalifah Abbasiyyah di Baghdad menjadi penaung kepada kegiatan ilmu pengetahuan dan mengundang para ilmuan ke istana tanpa mengira bangsa atau agama mereka. Sejak awal-awal iagi, sekitar tahun 772 Masihi, istana Khalifah al-Mansur dikunjungi seorang ahli astronomi Hindu dari Sind yang membawa sebuah jadual astronomi. Khalifah memerintahkan agar jadual yang kemudiannya dikenali sebagai Sindhind diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Jadual itu mungkin berasal dari karya Bramagupta dan mengandungi banyak unsur tradisi astronomi termasuk kaedah matematik penggunaan sinus.
Ciri-ciri aktiviti intelektual yang unik pada zaman tamadun Islam tidak hanya terbatas di kalangan golongan tertentu atau kerabat sultan maupun kelompok penguasa. Pendidikan yang diperuntukan pada pengolahan kebenaran dan pengetahuan tetap dapat diperolehi oleh pelbagai strata masyarakat Islam. Dalam hal inilah penghargaan selayaknya diberikan pada pemerintahan Islam, yang sesudah penaklukan, mereka bersikap liberal terhadap seluruh masyarakat Bermula dari abad kelapan, ilmu saintifik dijana di ibu kota Baghdad dengan lebih intensif. Meskipun bahasa lain dibenarkan, bahasa Arab yang merupakan bahasa al-Quran, menjadi bahasa lingua franca ilmiah di seluruh wilayah Empayar Islam.
Aktiviti Penterjemahan
Dalam sejarah tamadun Islam, aktiviti penterjemahan khazanah tamadun manusia dari pelbagai bahasa kepada bahasa Arab merupakan satu kegiatan yang sangat dititik beratkan. Sebuah gedung ilmu yang bemama Baitul al- Hikmah telah diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rashid (789-809) dan dikembangkan oleh anaknya khalifah al-Ma’mun. Disamping berperanan sebagai perpustakaan, Baitul Hikmah juga merupakan tempatperhimpunanperterjemah yang mem ainkan peranan besar dalam menterjemah manuskrip-manuskrip falsafah dan tradisi saintifik zaman purba ke dalam bahasa Arab lalu diolah dan digabungkan dalam satu kerangka konsep Islam. Penterjemahan ke bahasa Arab dari bahasa Yunani, Syria, Pahlavi, dan Sanskrit berada pada puncaknya pada abad ke-9 dan ke-10 Masihi. Sarjana Islam, Kristian, Yahudi dan bahkan Zoroaster ditugaskan untuk menterjemah karya-karya ilmiah. Dalam masa tersebut karya-kaiya matematik Euclid, Ptolemy, Aristotle, Apollonius, Archimedes, Heron, Diophantus dan beberapa karya sarjana Hindu dapat diperolehi dalam bahasa Arab. Di antara para penterjemah yang terkenal ialah Hunayn ibn Ishaq (809-873) yang berugama Nestorian, memiliki 90 murid perterjemah di bawah pengawasannya termasuk anaknya Ishaq, anak saudaranya Hubaysh, dan dua orang ahli matematik bemama Thabit ibn Qurra dan Qusta ibn Luqa.
Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mutawakkil (847-861M), seorang ahli matematik bukan Islam bernama Thabit ibn Qurra telah berjaya menjadi ternama. Beliau dan murid-muridnya telah menterjemah karya utama Yunani dalam bidang geometri dan astronomi termasuk risalah klasik Appolonius dan Archimedes. Anak lelaki Thabit, Ibrahim dan Sinan, cucu-cucunya Thabit dan Ibrahim, serta cicitnya Abu al-Faraj meneruskan penterjemahan dan kaiya pengumpulan yang memperkaya ilmu matematik dan astronomi di samping penemuan dan pengamatan asli mereka.
Para khalifah zaman awal Abbasiyyah ini mengirim banyak utusan ke luar negara untuk memperoleh salinan buku-buku penting. Pengabadian mereka dibuktikan ketika Hunayn ibn Ishaq menghadapi kesukaran untuk menemui salinan buku perubatan yang ditulis oleh Galen. Hunayn menyatakan bahawa temannya Jabril telah bertungkus-lumus untuk menemui buku tersebut dan berkata,
Saya sendiri dengan penuh semangat berusaha mencari buku ini' diseluruh Mesopotamia, Syria, Palestine dan Mesir sampai saya tiba di Iskandariah. Saya tidak menemukan apa-apa kecuali di Damascus, namun isinya hanya setengah dari buku itu (buku- buku Galen). Yang sayatemukan dalam buku itu adalah bab-bab yang tidak berurutan dan tidak lengkap. Meskipun demikian,
Jabril juga menemukan beberapa bab buku ini, yang berbeda dari yang sayatemukan. (Berggren, 1985: 4)
Dorongan yang diberikan untuk usaha menterjemah semasa zaman kegemilangan Islam terlihat dengan pemberian upah yang lumayan kepada para penterjemah. Hunayn, misalnya, ketika dilantik menjadi pengurus Akademi Kesusasteraan Al-Ma’mun, diberikan emas senilai dengan berat buku yang diterjemahkan. Khalifah penerusnya, al-Mutawakil, melindungi Hunayn dan menjadikannya sebagai sahabat peribadi,
Kepentingan ilmu dalam Islam
Dalam Islam, usaha menuntut ilmu pengetahuan merupakan suatu ibadah. Ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad menegaskan keunggulan ilmu pengetahuan:
Bacalah dengan (menyebut) namaTuhanmuyangmenciptakan.
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah!
Dan Tuhanmu yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia akan apa yang tidak diketahuinya (Al-Alaq:l-5)
Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang mengungkapkan berulang kali akan kepentingan ilmu. Berbeda dengan 250 ayat Al-Quran yang menyebut tentang hukum-hakam, 750 ayat lainnya (hampir satu perlapan daripada kandungan Al-Quran) mendorong manusia untuk mengkaji alam semulajadi, untuk merenung, dan mencari bukti dan penjelasan yang terbaik bagi mencari jalan kebenaran, iaitu jalan menuju Allah. Hal ini mencerminkan adanya alasan intelektual yang digunakan untuk mencari ilmu. AI-Quran satu-satunya simbol wahyu bagi umat Islam menjelaskan bahawa pengetahuan dan agama tidak dapat dipisahkan. Hal ini terangkum dalam ayat-ayat seperti berikut:
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan yang bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat- tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak men- ciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda- tanda (kebesaran-Nya) kepada orang yang mengetahui. (Yunus:5)
Nabi Muhammad s.a.w sendiri, meskipun dianggap tidak terpelajar dari sudut pandangan pengetahuan manusia, merupakan satu-satunya saluran pewahyuan kitab yang dianggap oleh orang Islam sebagai inti segala pengetahuan. Setiap orang Islam baik laki-laki maupun perempuan diwajibkan mencari ilmu pengetahuan. Beberapa ungkapan Rasululah atau hadithnya seperti ’’carilah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” dan ’’carilah ilmu walau ke negeri Cina” dijadikan argumen yang sah untuk mencari, mengajar dan menyebarluaskan ilmu pengetahuan.
Dengan menjadikan penuntutan ilmu ini sebagai kewajipan dalam beragama, ia telah menyemarakkan semangat menuntut ilmu di kalangan pengikutnya. Dalam sejarah Islam, perbalahan, pergaduhan bahkan persengketaan terhadap penganut doktrin yang berbeda pernah berlaku, tetapi tidak pernah terjadi pada kepercayaan ilmiah. Tak pernah ada peristiwa seperti yang menimpa Copernicus atau Galileo yang dipenjara seumur hidup atau dijatuhkan hukuman bunuh kerana mempertahankan prinsip ilmiah mereka. Beruntung bagi umat Islam, tidak ada perbedaan antara fakta iimiah yang terbukti secara empirik dan pewahyuan ayat Al-Quran. Orang-orang Islam percaya bahawa wahyu adalah kata-kata dari Allah dan alam semesta dan hukumnya merupakan karya- Nya. Jadi tidak ada percanggahan di antara satu sama lain.
Keperluan ilmu dalam urusan 'ibadah
Pengetahuan yang paling disukai kaum Muslim pada waktu itu ialah matematik dan astronomi. Pada pandangan ilmiah orang Arab, terdapat dasar keagamaan yang mendorong pada kajian ilmu matematik dan astronomi. Arithmetik diperlukan untuk menghitung warisan dan juga kalendar Islam. Matematik dan geografi astronomi diperlukan untuk menentukan arah kiblat di Mekah sebagai kiblat' ibadah setiap kaum Muslim: Untuk tujuan itu, pengetahuan arah kedudukan kiblat atau Mekah dari daerah geografi yang berbeda merupakan suatu tuntutan agama.
Kebutuhan agama merupakan dorongan yang kuat untuk berkarya dalam bidang ini. Penentuan waktu solat fardhu lima waktu yang tepat, permulaan dan akhirnya puasa harian dalam bulan Ramadhan serta permulaan dan penghujung bulan Ramadhan dan sambutan perayaan Muslim berkaitrapat dengan kegiatan para ahli astronomi. Pengetahuan inengenai kedudukan bintang sangat membantu dalam mengatur petunjuk perjalanan khususnya untuk jemaah haji menziarahi Makkah. Hal ini berpengaruh untuk menentukan waktu yang tepat dari gerakan bulan dan bintang.
Kerana astronomi suatu ilmu pengetahuan yang bersifat fungsional dan sesuai dengan prinsip Islam, banyak kemajuan telah dihasilkan dalam bidang ini selama peradaban Islam. Pada waktu itu banyak jadual atau tabel dan alat astronomi dicipta dan jaringan balai cerapan ditubuhkan. Tidak seperti bidang astrologi yang selalu dianggap kontroversi dan mendapat cemuhan, bidang astronomi tidak mendapat halangan dan larangan. Menjelang abad kesembilan, keistimewaan bidang astronomi dapat dilihat dengan jelas. Ketika al-Biruni menulis Qanun al-Mas ’udi se-abad selepas itu, astronomi Islam menjadi ilmu yang paling lengkap dan sempurna serta terkenal di seluruh dunia.
Islam mempunyai sistem peraturan dan daya kawal yang kuat baik terhadap kehidupan penganutnya secara individu maupun secara berorganisasi. Para penakluk Arab menerima malah menghargai budaya ilmiah bangsa-bangsa taklukannya asalkan tidak bertentangan dengan tasawwur Islam. Mereka memperlihatkan sifat persaudaraan dan toleransi kepada penganut agama wahyu terdahulu yaitu Yahudi dan Kristian. Pada awalnya, khalifah empayar Islam memberi kebebasan berpendapat kepada kelompok minoriti seperti Khawarij, Kristian, Yahudi, Sabian dan Majusi. Seluruh penganut agama menikmati kebebasan mengamalkan ibadah masing-masing. Salah satu aktiviti yang mendapat tempat istemewa di kalangan masyarakat pada waktu itu ialah perbincangan dan perbahasan umum. Bahkan perdebatan agama dan hukum bukan hanyadiizinkan, malahan mendapat dorongan yang luarbiasa. Kelompok minoriti diberi hak sama rata untuk belajar atau mengadap di istana. Selain itu, mereka mendapat kesempatan yang sama untuk berguru dan menggunakan bahasa lain selain bahasa Arab. Bagi pemerintah Islam terutamanya zaman khalifah Abbasiyyah, memahami sains zaman purbakala merupakan hal yang penting. Hal ini tidak dimaksudkan semata-mata untuk kepentingan peribadi seseorang penguasa individu seperti Harun al-Rashid atau al-Ma’mun, melainkan demi kepentingan keintelektualan komuniti umat Islam.
Namun cabaran ilmiah datang dari para ahli teologi dan falsafah agama minoriti seperti Kristian dan Yahudi yang lebih mengenali pengetahuan Yunani. Perdebatan itu terjadi di kota-kota seperti Damsyik dan Baghdad antara Kristian, Yahudi dan Islam. Pada peringkat awal orang-orang Islam sering menjadi kelompok yang kalah. Ini disebabkan kaum Muslim tidak mampu mempertahankan argumennya tentang Islam dengan hujah yang menggunakan keupayaan rasional dan logik. Kerana itu, Khalifah terdorong untuk mengambil pengetahuan Yunani untuk kepentingan masyarakat Muslim. Menghadapi cabaran itu merupakan sesuatu yang penting bagi Khalifah kerana hal itu akan mempengaruhi peranan hukum ugama dalam masyarakat Islam yang menjadi dasar kekuasaan Khalifah. Justeru melindungi kepentingan masyarakat Muslim dan membatasi kekuasaan tamadun terdahulu serta memastikan agar ajaran Islam menjadi lebih berkembang, Khalifah Abbasiyyah mengubah perhatian para ilmuan dengan memberi tumpuan kepada falsafah dan pengetahuan logik dari Yunani.
Sarjana di Zaman Tamadun Islam
Kegiatan ilmiah di zaman tamadun Islam telah membuahkan ramai sarjana Islam yang masyhur. Salah seorang daripadanya ialah ahli matematik yang tersohor iaitu dikenali dengan nama al-Khwarizmi. Warisan peninggalan al-Khwarizmi termasuk cara mempersembahkan nombor untuk mengira dengan mudah dan efisyen termasuklah nombor pecahan, sains aljabar yang banyak menyelesaikan masalah kehidupan dan peta dunia yang lebih tepat dari sebelum ini.
Di dunia Barat, ilmu matematik lebih banyak di pengaruhi oleh karya al~ Khwarizmi dibandingkan karya para penulis lain pada abad pertengahan. Penggunaan nombor Arab al-Khwarizmi telah tersebar dengan luasnya. Kedudukan notasi asas 10, penggunaan nombor tak rasional dan pengenalannya mengenai aljabar dalam konteks yang moden membuatkan beliau digelar Bapa Aljabar Moden. Pengenalannya mengenai sistem nombor Arab merubah kandungan dan karakter matematik dan merevolusi proses perhitungan di abad pertengahan di benua Eropah. Dengan mengintegrasi matematik Yunani, Hindu dan Babilon, teks aljabar beliau merupakan salah satu contoh daripada sifat antarabangsa Tamadun Islam. Selain itu, istilah aljabar, sifar dan nilai akar yang kekal digunakan sehingga sekarang menjadi bukti tentang sumbangan al- Khwarizmi dalam pengembangan pengetahuan sains perhitungan.
Seorang lagi tokoh Islam ialah Ibn al-Haytham, dikenali di Barat dengan panggilan Alhazen, telah dilahirkan di Basra, sebuah bandar selatan timur Iraq pada 965 Masihi.
Beliau menemukan teori cahaya yang nyata lebih baik daripada yang terhasi! oleh Euclid dan Ptolemy. Karyanya dalam bidang optik telah dijadikan rujukan utama di Eropah lebih daripada enam abad. Seorang ilmuan Barat bemama Witelo, dengan karya terbesarnya Perspetiva, menjadikan karya Ibn al-Haytham sumber rujukan utamanya. Perspectiva sangat berpengaruh pada abad ke tujuh belas di mana Kepler menggunakannya sebagai asas untuk menghasilkan karyanya yang agung, Advitellionem paralipomena (1604).
Ibn al-Haytham merupakan salah seorang personaliti terbaik dalam semangat bereksperimen dalam tamadun Islam. Abu Zakariya al-Razi dan Ibn al- Haytham secara umumnya dianggap sebagai ilmuan Islam yang terkemuka dalam memperkenalkan dan membangunkan kaedah sains eksperimental. Kemampuan eksperimental merupakan satu-satunya kelebihan penelitian Ibn al-Haytham. Bahkan eksperimen optik paling sederhana pun hanya dapat dilakukan dengan peralatan terbaik yang diciptakan sendiri. Disamping itu, beliau juga terus mengembangkan kaedah eksperimen saintifik untuk menjamin hasil yang lebih tepat. Langkah yang ditunjukkan dalam penulisannya sangatlah berhati-hati. Beliau mempunyai mesin yang memungkinkannya untuk mencipta kanta cembung atau cengkung, cermin dan peralatan pembiasan lainnya. Ibn al- Haytham telah berusaha dengan gigih dalam mengembangkan teknik eksperimen yang mempunyai kadar kejituan yang tinggi.
Beliau menggunakan kaedah ekperimen dalam berbagai fenomenaa optik seperti penentuan rektilinear pergerakan cahaya, perspektif bayang-bayang, penggunaan kanta dan kamera obscura yang julung-julung kalinya dikaji secara matematik. Kemajuan beliau dalam teknik ekperimen khususnya lahir sebagai alat identifikasi metodologi yang eksplisit seperti terlihat dalam karyanya yang berjudul Kitab al-Manazir. Baik Aristotle maupun Ibn Khaldun berpendapat bidang optik sebagai suatu cabang dalam geometri. Walaupun Ibn Al- Haytham amat arif dengan sumber dari peradaban Yunani dalam kajian optik atau mengenai pembiasan cahaya, beliau mensintesis elemen-elemen teori sebelumnya lalu diolah dan disusun sedemikian rupa sehingga menghasilkan sesuatu yang berlainan. Beliau menempatkan optik disebuah platfom yang baru sehingga beliau dikenali sebagai Bapa Optik Moden. Penelitian optik Ibn- Haytham sangat mempengaruhi karya ilmuan Eropah sehingga menjangkau ke abad tujuh belas dalam hasil penulisan Witelo, Roger Bacon, Leonardo da Vinci, Kepler dan Descartes.







No comments:

Post a Comment