Friday 21 December 2012

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ASTRONOMI



       SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ASTRONOMI
Istilah astronomi berasal dari perkataan yunani (astro,yang bererti bintang).Manusia mempelajari astronomi kerana mereka percaya,segala yang berlaku di bumi terdapat perkaitannya dengan objek-objek di langit.
Mengikut sejarah ,tamadun yunani dianggap pelopor di dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bintang.Antara tokoh astronomi yunani seperti Ptolemy / Batlamus,dan Anaximander.Orang Islam telah menterjemah banyak karya-karya Yunani kepada bahasa Arab.Selain Yunani,mereka juga menterjemah karya-karya astronomi dari Parsi,Syria dan India.Ilmu-ilmu astronomi ini telah diperkemaskan lagi oleh para sarjana Islam.
Dakwaan yang mengatakan ummat Islam hanya pandai menterjemah adalah tidak betul. Mereka bukan sahaja menterjemah,malah melakukan banyak pembetulan terhadap kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karya yang diterjemah. Tentu sekali sumbangan para pengkaji Islam sangat besar.Hal ini dibuktikan pada tahun 1935 apabila the International Astronomical Union telah menamakan formasi gunung-gunung yang terdapat di bulan menggunakan nama tokoh astronomi Islam. Contohnya al-Ma'mun (al-Manon),al-Farghani (al-faraganus),al-Battani (al- Bagtanius),al-Sufi (azophi),al-Haytam (Alhazen),al-Zarqali (alzactel),al-Bitruji (alpetragius) dll.
Selain itu, nama-nama bintang seperti Aldebaran,Deneb,dan juga Altair merupakan nama-nama bintang yang diberikan oleh sarjana Islam dan masih digunakan dunia barat pada masa kini.
Ummat Islam telah didedahkan dengan ilmu astronomi melalui perkhabaran Tuhan mengenai objek-objek yang terdapat dilangit seperti bintang, planet dsb.Hal ini telah membentuk satu cabaran bagi umat di zaman dulu untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan astronomi ini.
Sebagai langkah awal,mereka telah melakukan banyak penterjemahan karya-karya darip yunani dan juga tamdun yang lain.Sebagai contoh,sebuah buku astronomi iaitu ZIJ-I SYAHI telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab oleh Abu AL-Hassan al- Tamimi,yang kemudiannya telah diulas lanjut oleh Abu Ma'syar.
Pada zaman pemerintahan Sultan al-Makmun,aktiviti menterjemah karya-karya yunani telah dilakukan bersungguh-sungguh.Aktiviti menterjemah ini telah memberi pengaruh kepada dunia barat untuk melakukan perkara yang sama.
Orang-orang barat turut mengikut jejak orang Islam dengan menterjemah karya-karya Yunani kedalam bahasa Inggeris.Buku karya Ptolemy yang diberi judul al-Majisti oleh orang Islam telah dialih bahasa ke adalam bahsa Inggeris dan diberi nama Almagest.
KEBENARAN AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN ASTRONOMI



Didalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat berkaitan dengan astronomi .Ayat-ayat inilah yang menjadi rujukan kepada sarjana-sarjana Islam dalam melakukan kajian mereka.Antara ayat yang dimaksudkan ialah:
Matahari dan bulan   Surah Nuh 71:16
Dalam ayat ini , bulan dinyatakan sebagai munir (cahaya) dan matahari sebagai siraj (obor).Ayat ini menceritakan fungsi bulan yang hanya memantulkan cahaya daripada matahari dan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.Gambaran ayat al-Quran sememangnya tepat apabila menggambarkan matahari itu sebagai obor (siraj) yang mengeluarkan cahaya dan haba.
Kejadian siang dan malam Surah al-zumar 39:5
Al-Quran menggambarkan pertukaran siang dan malam berpunca dari proses putaran yang berlaku pada bumi .Perkataan yang digunakan bagi menggambarkan situasi ini ialah "kawwara",yang mana makna asalnya adalah membelit serban.
Walaupun al- Quran menyatakan proses itu berlaku apabila malam memasuki siang dan sebaliknya,tetapi benarlah seperti apa yang diperkatakan bahawa fenomena ini telah terhasil daripada lilitan ataupun putaran.
Black Holes
Surah Al-Waqiah ayat 75-76.
Jumlah bintang di kosmos terlalu banyak.Dikatakan jumlah bintang di galaksi sebanyak 200-400 bilion.CNN.com pula melaporkan pada bulan julai tahun 2003 , jumlah bintang di galaksi sebanyak 70 Sextina ( angka 7 yang diikuti dengan 22 sifar dibelakangnya).Jumlah ini berdasarkan kiraan yang dilakukan oleh Australian National University.Jumlah ini adalah 10 kali ganda lebih banyak daripada jumlah pasir-pasir di semua gurun dan pantai yang terdapat di bumi.

Di dalam al-Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan perihal bintang .Penggunaan istilah-istilah seperti najmu (merujuk pada satu bintang),atau nujum (merujuk pada banyak bintang) adalah perkataan-perkataan yang digunakan oleh Tuhan yang merujuk kepada bintang-bintang di langit.
Setiap bintang mempunyai tempoh hayat tertentu.Bagi bintang yang mempunyai berat berkali-kali ganda daripada matahari,kehancurannya akan berlaku melalui satu letupan / ledakan yang maha hebat yang dikenali sebagai supernova.
Kemudiannya,saki baki daripada bintang ini akan jatuh ke satu titik pusat, yang mempunyai tarikan graviti yang amat tinggi.Apa sahaja yang ditarik oleh pusat ini termasuk cahaya,tidak akan dapat keluar daripadanya.Inilah yang diistilahkan para saintis kini sebagai black holes.
Black holes boleh diibaratkan sebagai tempat berkuburnya bintang-bintang.Mengenai perkara ini,black holes telah diistilahkan oleh al-Quran sebagai Mawaqiin Nujum.
Mawaqiin Nujum terdiri daripada 2 perkataan iaitu mawaqi' dan juga an-nujum.
Menurut kamus Hans Wehr : dictionary Of Modern Written Arabic,Mawaqi' diertikan sebagai to fall down,drop yang membawa erti jatuh /A place sth is drop or fall down.
Manakala Nujum pula bermaksud bintang-bintang seperti yang diterangkan sebelum ini.Ertinya mawaqiin nujum dapat diertikan sebagai tempat jatuh bintang-bintang.Hal ini bertepatan dengan apa yang kita faham mengenai black holes.
Faktor ajaran Islam yang menggesa ummatnya untuk memikirkan fenomena yang Tuhan ciptakan di alam ni.Perkara ini termasuklah segala kejadian yang terdapat di langit seperti siang malam dan sebagainya.
Faktor ajaran Islam yang berkait rapat dengan astronomi umpamanya ibadat-ibadat seperti solat,permulaan ibadat puasa,sambutan hari raya yang berkait dengan gerakan dan fasa-fasa yang berlaku pada bulan.
Keadaan ini memberi satu cabaran kepada ummat Islam pada zaman silam untuk mendalami ilmu astronomi agar ibadat-ibadat yang berkait rapat dengan musim-musim tertentu dapat diselesaikan.
Bantuan yang mencukupi dari kerajaan dalam membiyai segala aktiviti pengkajian yang berkaitan dengan astronomi.

Penguasaan ummat Islam terhadap bidang-bidang sains seperti matematik, dan
fizik.Bidang astronomi memerlukan sokongan daripada ilmu-ilmu sains yang lain seperti matematik dalam melakukan pengiraan-pengiraan yang berkaitan dengan saiz bumi sebagai contoh.Pada zaman dahulu,ummat Islam memang telah menguasai pelbagai bidang sains yang dapat membantu mereka dalam usaha penyelidikan terhadap ilmu astronomi.



Pada akhir abad ke 2H/8M aktiviti astronomi telah berpusat di Baghdad.Pada abad seterusnya iaitu pada 3H/9M telah lahir tokoh-tokoh astronomi Islam yang terkemuka sepanjang zaman seperti Habasy Al-Hasib dan juga AL- khawarizmi.Pada abad ini,penyelidikan dan pengkajian terhadap astronomi telah dilakukan dengan gigih dan bersungguh- sungguh.
Abad ke 4H/10M telah menonjolkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh astronomi yang lahir daripada penganut Islam.Tokoh-tokoh yang dimaksudkan seperti Abd Rahman Al-Sufi,Abu Said Al-Sijzi,Abu Al-Wafa al-Buzjani, Abu al-Qasim Al-Majriti dan ramai lagi.
Pada abad ini,Abd Rahman Al-Sufi telah melakarkan ilustrasi-llustrasi bintang yang disifatkan oleh george Sarton sebagai masterpiece dalam sejarah ilmu astronomi dunia.



Manakala Abu Said al-sijzi pula telah mencipta Astrolab dan beliau membuat kenyataan bumilah yang sebenarnya mengelilingi matahari dan bukannya matahari yang mengengelilngi bumi.Kenyataan yang telah dilakukan Abu Said Al-Sijzi ini telah diterima pakai dan terbukti kebenarannya sehingga ke hari ini dalam ilmu astronomi.
Abad ke 5H/11M menyaksikan kecemerlangan tokoh astronomi yang beragama Islam yang lainnya,seperti Al-Biruni,Ibn Yusuf dan Al-Zarqali.Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh al-Biruni adalah membuat banyak ukuran yang berkaitan dengan saiz bumi umpamanya.Selain itu,Al-Biruni juga telah mengira sesuatu latitude dan juga Longitud bagi sesuatu tempat yang terdapat di atas muka bumi.
Seterusnya pada Abad ke 6H/12M sarjana-sarjana Islam telah melakukan banyak kritikan,dan juga penambah baikan terhadap teori-teori yang telah dikemukakan oleh Batlamus daripada tamadun Yunani. Pada abad ini,beberapa fakta yang tidak tepat yang dipelopori oleh Batlamus telah diperbetulkan oleh para sarjana astronomi Islam.Antara tokoh-tokoh yang terlibat adalah Ibn.Tufail,dan juga anak muridnya yang bernama al-bitruji.Selain itu,Al-Khazani juga telah menerbitkan sebuah kitab yang bernama Sanjani Zij sebagai satu pembetulan terhadap teori-teori astronomi yang telah diilhamkan oleh Batlamus.
Disaat dunia barat sedang berada di era jahiliah yang digelar Zaman Kegelapan,ummat Islam pula berada pada satu tahap yang amat gilang gemilang dari pelbagai sudut dan aspek. Di dalam konteks ilmu astronomi,Sarjana-sarjana Islam telah memelihara dan mengembangkan ilmu tersebut.Bayangkan seandainya Ummat Islam pada masa itu tidak memelihara warisan ilmu astronomi ini,tentunya Ilmu tersebut akan terhapus dan kemajuan tidak tercapai seperti sekarang ini. Pengetahuan manusia mengenai alam ini tentunya akan lebih lambat andaikata tiada pengkajian yang menyeluruh lagi bersepadu dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam pada zaman terdahulu. Malah mereka juga telah mencipta alat-alat baru bagi tujuan pengkajian terhadap ilmu astronomi ini.Paling penting yang perlu diketahui ialah,alat-alat yang dicipta oleh sarjana Islam itulah yang telah menjadi asas kepada dunia BARAT untuk mencipta alat-alat yang lebih moden seperti Sekstan dan juga Teodolit.

No comments:

Post a Comment